Ini Kerja Mereka Sebelum Bergelar Bintang Di Hollywood?

Apa kerja mereka sebelum bergelar bintang?
JANGAN tak tahu disebalik kejayaan mereka meraih glamor sebagai selebriti popular di Hollywood, sebenarnya ada di antara pelakon dan penyanyi ini yang pernah melakukan pekerjaan yang dianggap tidak glamor oleh sesetengah pihak.
Ada yang pernah bergelar juruwang di kedai serbaneka 7 Eleven, kedai menjualsmoothies, pemandu teksi dan sebagainya.
Disebabkan rezeki terpijak dan bakat terpendam selain usaha berpanjangan akhirnya mereka ini menjadi idola dan pujaan peminat dari seluruh dunia.
Nak tahu kerja apa dorang lakukan sebelum terkenal di serata dunia? Sila baca di bawah. -Kedahnews.com

Penyanyi Neyo pernah bekerja di restoran makanan segera popular, McDonalds namun hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja kerana dia tak tahan dimarahi pengurus kerana kesalahan sering meletakkan terlalu banyak kandungan garam dalam kentang goreng.

Pelakon filem malar segar, Pretty Woman, Julia Roberts pernah berkhidmat sebagai jurujual produk ais krim popular, Baskin Robbins.

Sebelum terkenal dengan watak Rachel dalam siri sitkom Friends, Jennifer Aniston bekerja sebagai tukang cuci toilet dan pekerja penghantaran dokumen menggunakan basikal.

Pelakon filem aksi, Tom Cruise pula pernah bekerja sebagai bell hop atau tukang angkat beg di hotel ternama.

Hugh Jackman pula bekerja sebagai pekerja di kedai serbaneka 7 Eleven sebelum dipecat kerana sering berbual dengan pelanggan.

Bintang seksi, Megan Fox pula bekerja dengan sebuah kedai menjual jus dan smoothies, yang mana dia perlu menggayakan kostum buah pisang sepanjang bekerja.

Suami Angelina Jolie, Brad Pitt bekerja di sebuah restoran dan dia perlu memakai kostum ayam untuk menarik pelanggan menjamu selera di situ.

Mendiang Cory Monteith pula melakukan pelbagai pekerjaan sebelum mendapat tempat dalam siri Glee antaranya, pemandu teksi, tukang cuci kereta di bengkel dan bekerja kedai peruncitan popular Wal Mart.