IS Dilapor Semakin Mengganas Di Afghanistan, Serang 8 Pos Kawalan Polis

Gambar Hiasan
Jalalabad, Afghanistan - Anggota Negara Islam (IS) buat kali pertama semalam melancarkan serangan yang diselaraskan terhadap tempat pemeriksaan polis di wilayah Afghanistan.

Serangan terhadap lapan hingga 10 pos kawalan itu dimulakan awal semalam, kata gabenor daerah Achin di wilayah Nangarhar, Haji Ghalib.

“Ini kali pertama Daesh (gelaran untuk IS) melancarkan serangan yang terhadap pos kawalan polis di Nangarhar,” katanya.

Perkara itu disahkan komander polis sempadan, Mohammad Ayoub Hussainkhail.

Kejadian berlaku sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata IS semakin mendapat sokongan dan pengikut di 25 dari 34 wilayah negara itu.

Pasukan tentera Afghanistan berkata, 10 peratus pemberontak Taliban menyokong IS, lapor pasukan pemantau al-Qaeda PBB. - AFP