#Islam: Benarkah Ada Arak Di Dalam Syurga Allah Nanti?

Gambar Hiasan
Soalan: 
Apakah ada arak di dalam syurga? Apakah perbezaan antara arak syurga dan arak dunia?

Jawapan:

Arak disebut sebagai khamr dalam bahasa Arab. 

Di dalam syurga, segala yang diingini oleh penghuni syurga akan disediakan. Syurga adalah tempat nikmat. 

Antara nikmat dalam syurga ialah arak sebagai minuman. 

Nas al-Quran dalam surah Muhammad ayat 15 menjelaskan sungai arak wujud bersama dengan sungai susu, sungai madu dan sungai air.

Dalam nas al-Quran ini, tidak dinyatakan perbezaan antara arak syurga dan arak dunia. 

Cuma disebutkan bahawa arak ini adalah lazat. Namun sudah pasti arak ini bukanlah arak yang memudaratkan sebagaimana arak di dunia. 

Arak dunia memabukkan. Berapa banyak kesan negatif kerana minum arak. Namun arak syurga adalah arak yang lazat, tidak memberi kesan negatif.

Mungkin timbul persoalan kenapa wujud arak di syurga? Tidakkah arak itu haram? 

Ya arak adalah haram. Namun hukum haramnya hanya setakat dunia sahaja. Adapun di syurga nanti, hukumnya berbeza.

*AL-SYAIKH DR. MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR (AL-JARUMI)/Utusan