"Janda" PKR Cuba Beli Maklumat RM8.62 Juta Dari Justo, Guna Kontrak Kerajaan?

Gambar Hiasan
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan pernah menyatakan minat untuk membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada bekas kakitangan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo.

Pengakuan tersebut dikatakan telah dilakukan Justo menerusi pengakuan bertulis yang dibuat secara sukarela setelah menyedari dirinya dipergunakan untuk menjadi sebahagian dari komplot menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, oleh pihak tertentu. 

Menurut laporan Berita Harian, Nurul Izzah yang kini berstatus janda itu dilapor pernah menawar untuk membayar Justo dalam bentuk kontrak selepas mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan, namun Justo tidak menerima tawaran itu kerana hanya mahukan bayaran tunai berjumlah US$2 juta (RM8.62 juta).

Selain itu, Justo dilapor tetap berkeras mengatakan bahawa editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown merupakan orang tengah di dalam urusan di antara Nurul Izzah dan dirinya.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan mengundang saya ke Bangkok. Dia berkata anak perempuan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berminat membeli data itu.

“Saya menolak kerana Nurul mahu membayar US$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa, bukan dalam bentuk tunai. Saya menolak tawaran itu kerana saya tidak melihat faedahnya,” kata Justo dalam kenyataan tersebut.


Sehingga kini, pihak media dilaporkan sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada Nurul Izzah berhubung dakwaan tersebut, namun tidak berjaya. 

Turut dinamakan di dalam laporan itu ialah Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua yang didakwa telah mengatur penjualan data itu kepada pemilik The Edge Media Group (The Edge), Datuk Tong Kooi Ong bersama Rewcastle-Brown.

Bagaimanapun, portal pro-pembangkang Malaysiakini melaporkan bahawa Pua mendakwa beliau hanya memperkenalkan Rewcastle-Brown kepada orang atasan The Edge, tetapi tidak mengambil bahagian dalam sebarang pembocoran maklumat atau apa-apa urus niaga.

Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang Pua menegaskan kononnya beliau langsung tidak mengenali Justo dan mendakwa kononnya tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut.

Semalam, media arus perdana melaporkan tentang perbualan Rewcastle-Brown dengan beberapa individu melalui aplikasi WhatsApp yang membuktikan wujudnya komplot terancang untuk menjatuhkan Mohd Najib.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan Whatsapp itu berlaku dalam tempoh tiga bulan dan mengaitkan pembabitan Rewcastle-Brown, Tong, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat dan Justo, lapor NST.

Perbualan di WhatsApp itu juga dikatakan membuktikan bahawa Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, Pua dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Mohd Najib.

Sementara itu, The Edge dalam reaksinya cuba menafikan pihaknya mempunyai sebarang kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan atau cuba mengubah bukti berkaitan 1MDB walaupun nama pemilik dan portal perniagaan itu turut disebut Justo.

Kumpulan itu menjelaskan, Pengerusi Kumpulan dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutifnya tidak mempunyai agenda politik apabila penerbitan mereka iaitu The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily menerbitkan artikel mengenai firma pelaburan strategik, 1MDB.

“Kami mahu menegaskan sekali lagi bahawa Kumpulan Media The Edge tidak terlibat dalam konspirasi politik,” jelas kenya­taan itu. -Kedahnews.com