Janet Jackson Peluk Agama Islam, Tiada Lagu Atau Tarian Sensual Lagi

Janet Jackson dan Wissam Al Mana 
Penyanyi terkenal, Janet Jackson dikhabarkan sudah memeluk agama Islam, mengikut jejak langkah abangnya, Jermaine Jackson.

Janet, 49, dilaporkan telah berkahwin dengan seorang bilionaire Qatar beragama Islam, Wissam Al-Mana, 40, kira-kira tiga tahun lalu dan dikatakan mula mengambil secara serius menjinakkan diri dengan mendekati Islam.

Beliau sejak itu turut dilaporkan telahcuba mengurangkan imej seksi dan tarian yang keterlaluan selepas ini sesuai dengan penghijrahannya.

Memetik sumber The Sun, Janet sudah memaklumkan mengenai penghijrahannya itu kepada ahli keluarga dan mereka semua menghormati keputusannya itu.

“Selepas ini Janet tidak akan menyanyikan lagu berbaur sensual dan melakukan gerak tari yang mengghairahkan,” kata satu sumber terdekatnya.

Seorang lagi abang Janet, Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson sebelum ini juga dikatakan turut memeluk Islam namun sehingga ke hari ini tiada sebarang kesahihan mengenai perkara itu. -Kedahnews.com