Jangan Menangis, Sila Tonton Video Ini Jika Ingin Tahu Nilai Kemanusiaan


Bila berbicara tentang dunia pengiklanan, pada pandangan kami adalah agak sukar untuk menidakkan kehebatan negara jiran kita, Thailand.

Bagi negeri yang bersempadan dengan Thailand, mungkin ramai yang akui bahawa terdapat banyak video iklan di negara itu yang dihasilkan dengan sangat bernas dan menyentuh emosi tidak kiralah sedih mahu pun lucu.

Malah, kadangkala kita tidak menyangka sesuatu video yang dihasilkan itu mewakili produk tertentu hinggalah ianya tamat ditonton.

Dalam sekian banyak video iklan yang bagus, di bawah merupakan salah satu video iklan yang terbaru dan berjaya menyentuh banyak jiwa yang mempunyai perasaan di seluruh dunia.

Di penghujung video, mungkin kita akan tahu produk apa yang diiklankan.

Namun untuk tempoh sebelum tamatnya video berkenaan, kita mungkin tidak akan perasan melainkan rasa seolah-olah menonton satu filem pendek.

Malah pada pandangan kami, nilai dan mesej yang cuba disampaikan menerusi video berkenaan amat tinggi dan amat menyentuh hati meskipun ia hanyalah sebuah iklan mempromosi produk CCTV.


Sejak dimuat naik pada 27 Ogos lalu, video ini sudah ditonton lebih 4.3 juta kali oleh warga netizen di seluruh dunia.

Mungkin agensi pengiklanan di negara kita boleh mengambil inisiatif menghasilkan iklan yang berkualiti sebegini di mana ia mampu memberikan kesedaran dan iktibar dalam menghargai nilai sebuah kehidupan masyarakat kita? - Kedahnews.com