Kecil-Kecil Hanya Biasa-Biasa Saja, Bila Dewasa Kacak Dan Lawa

Angelina Jolie - pelakon jelita yang terkenal melalui banyak filem termasuk sebagai Lara Croft. Ketika remaja dia tidak secantik berbanding ketika dewasa.
Selebriti sememangnya sentiasa menjadi tumpuan msyarakat umum dengan kehidupan mereka yang sering diawasi sepanjang masa khususnya oleh paparazzi yang memburu gambar-gambar eksklusif.

Tidak kira sama ada masa sekarang atau zaman lampau, sebarang maklumat mengenai mereka menjadi bahan perhatian dan ekoran itu mereka terpaksa berusaha memberikan penampilan terbaik di khalayak ramai.

Tidak semua selebriti seperti Angelina Jolie dan Sandra Bullock yang kelihatan cantik sekarang atau Ryan Seacrest dan Matthew Lewis yang tampan, comel dan menawan ketika mereka kecil. 

Mereka mungkin pernah menjadi mangsa buli rakan ketika di alam persekolahan, tetapi kini selebriti-selebriti jelita dan tampan itu adalah antara yang terkaya di dunia. 

Berikut di bawah adalah beberapa keping gambar selebriti yang dulunya hanya biasa-biasa sahaja rupa mereka, namun imej mereka seratus peratus berubah apabila dewasa. -Kedahnews.com

Kelly Brook - kejelitaan model dan pelakon ini mula terserlah ketika dia memenangi pertandingan ratu cantik ketika berusia 16 tahun lalu menjadi model iklan termasuk untuk Bravissimo, Piz Buin, Walker’s, Renault Megane dan Foster’s Lager.

Taylor Swift - Taylor bukannya pelajar tercantik dalam kelasnya ketika bersekolah tetapi kini penyanyi ini bukan saja kaya malah disenaraikan dalam 100 Wanita Paling Berkuasa Forbes, iaitu wanita paling muda dalam senarai berkenaan.

Matthew Lewis - Neville Longbottom dalam siri filem Harry Potter kini menjadi pemuda tampan dan tanpa gambarnya ketika kecil, ramai tidak tahu dia adalah Neville Longbottom.

Avril Lavigne - mula terkenal pada 2002 melalui album Let Go dan kini 30 juta album lagunya sudah dijual di seluruh dunia. Siapa sangka budak perempuan berkaca mata besar kini kelihatan cantik walaupun sudah berusia 30 tahun

Sandra Bullock - mula terkenal melalui filem Speed, aktres itu yang kini menjadi penerbit filem pernah memenangi Anugerah Academy dan Golden Globe. Tahun ini, dia juga dipilih majalah People sebagai ‘Wanita Paling Cantik’.

Ryan John Seacrest - personaliti radio, hos dan penerbit televisyen serta menjadi hos pertandingan American Idol, American Top 40 dan Knock Knock Live.