Kepala, Tangan, Kaki Kanak-Kanak Tersimpan Di Dasar Tasik Garfield

Anggota polis yang menyertai gerakan mencari dalam tasik di Garfield Park.
Chicago - Polis mengesahkan menemui kepala, tangan dan kaki kanak-kanak dalam tasik di Garfield Park di sini, selepas siasatan sejak Sabtu lalu.

Polis menerima panggilan melalui talian 911 Sabtu lalu, memberitahu mengenai objek terapung dalam tasik berkenaan dan sepasukan polis yang tiba mendapati ia adalah kaki kanak-kanak.

Penduduk, Connie Mitchell, memberitahu ABC7 sejak dia tinggal di kawasan itu sejak 19 tahun lalu, sudah dua mayat dikeluarkan dari tarik berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, kaki berkenaan milik kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun tetapi belum dapat dikenal pasti identitinya.

Polis juga belum dapat mengesahkan anggota badan itu dari satu mayat atau lebih walaupun sudah menemui satu badan dianggar seberat 20 paun.

Pihak berkuasa kini sedang berbincang mengenai kemungkinan mengeringkan tasik itu dan puluhan polis menyertai gerakan mencari. - complex.com