Kes Video Viral Pemilik Taska Pukul Budak Telah Selesai – PDRM


Siasatan susulan terhadap kes video viral yang memaparkan seorang wanita yang didakwa pemilik sebuah taska di Ipoh, Perak sedang memukul kanak-kanak telah selesai.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman kepada MalaysiaKini menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kes telah diselesaikan oleh kedua pihak. Tiada isu lagi,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, video berdurasi 53 saat itu menjadi tersebar menjadi viral selepas di muat naik ke Facebook Friends of BN (Barisan Nasional).

Berdasalkan keterangan pada video tersebut, budak perempuan yang dimarahi itu telah melakukan kesalahan menggigit kanak-kanak lain di taska tersebut.

Difahamkan, video itu dirakam oleh bekas pekerja taska terbabit yang kecewa dengan sikap pemilik taska yang suka memarahi dan menyediakan makanan tidak elok pada kanak-kanak.

Alamat taska yang berlokasi di Ipoh itu serta nama pemiliknya juga turut didedahkan kepada umum.

Penyebaran video tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik taska yang disifatkan melampau.

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan itu kerana berpendapat wanita itu memukul bukan untuk mendera sebaliknya mahu mendidik. -Kedahnews.com


Lagi info menarik di : http://www.kedahnews.com
Posted by Kedahnews.com on Monday, September 21, 2015