KESAS Nafi Ada Insiden Kemalangan Berapi Mat Rempit Lumba Haram

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Kesas Sdn. Bhd. (KESAS) tidak dapat mengesahkan rakaman video kemalangan jalan raya melibatkan pelumba haram yang didakwa berlaku di lebuh raya berkenaan awal pagi Selasa.

KESAS dalam satu kenyataan media memberitahu, rekod syarikat konsesi lebuh raya itu bagaimanapun menunjukkan terdapat satu kemalangan dilaporkan pukul 5.17 pagi pada 22 September lalu di lebuh raya KESAS.

“KESAS dengan ini menjelaskan berhubung video kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang telah menjadi viral di media sosial. Pihak KESAS tidak dapat mengesahkan lokasi dan masa kejadian tersebut.

“Namun ada satu kemalangan di KM29.70 arah Timur melibatkan sebuah MPV dan motosikal. Tiada sebarang mangsa dilaporkan pada masa pasukan peronda KESAS tiba di tempat kejadian,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Beberapa rakaman video aksi kemalangan membabitkan beberapa pelumba motosikal haram yang didakwa berlaku di lebuh raya KESAS awal pagi 22 September kini menjadi viral di media sosial tempatan.

Enam pelumba motosikal haram terbabit dipercayai hilang kawalan apabila cuba memotong sebuah kereta Proton Exora semasa mereka sedang berlumba di lebuh raya itu.

Rempuhan tersebut menyebabkan beberapa pelumba terbabas dan terseret di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter bersama percikan api.


Ni video ke-3 insiden lumba haram yang dikatakan berlaku di Kesas Highway yang kami terima...tapi Kesas kata tak berlaku kat Highway depa...
Posted by Kedahnews.com on Tuesday, September 22, 2015