Kit Siang Gesa Halang Himpunan Kebangkitan Maruah Melayu, Dakwa Rasis!


KUALA LUMPUR – Perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dihalang kerana berunsur perkauman!

Itu reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang ke atas satu perhimpunan aman yang mahu dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu pada 16 September ini.

Kata beliau, Kebangkitan Maruah Melayu tidak boleh disamakan dengan Bersih 4.0 walaupun perhimpunan itu didominasi oleh kaum Cina.

Justeru, beliau yakin tiada Melayu yang akan menyokong perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu termasuk ahli UMNO yang kononnya seramai 3 juta orang.

“Perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu adalah perhimpunan rasis,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa NGO termasuk persatuan-persatuan silat mahu mengadakan perhimpunan Melayu secara besar-besaran pada 16 September ini bagi menunjukkan sokongan kepada pemimpin-pemimpin Melayu dalam negara.

Ia dirancang diadakan selepas puluhan ribu orang ramai terutama kaum Cina mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara bagi mendesak supaya kerajaan Malaysia diserahkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Peserta perhimpunan Bersih 4.0 turut mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -Kedahnews.com