Gambar Hiasan |
Hong Kong - Seorang pencuri melarikan berlian bernilai HK$1.7 juta (RM915,000) selepas menukarkannya dengan permata palsu di sebuah kedai barang kemas mewah di Hong Kong.
Batu permata itu dilarikan lelaki berusia 30-an di sebuah kedai di pusat kewangan Hong Kong, lewat Jumaat.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dilihat menyamar sebagai pelanggan sebelum membelek salah satu permata dipamerkan. Dia kemudian menukarkan berlian berkenaan dengan permata palsu,” kata kenyataan polis.
Kejadian itu disedari kemudian oleh kakitangan yang membuat laporan polis. - AFP