Lelaki Kurung Isteri, Anak Autisme Dalam Kandang Kotor Sejak 2 Tahun Lalu

Keadaan kandang tempat Eduardo Oviedo mengurung isteri dan anaknya. - Foto AFP
Buenos Aires - Seorang lelaki mengurung isteri yang dipercayai mempunyai masalah mental dan anaknya yang autisme dalam kandang yang amat kotor sejak dua tahun lalu.

Menurut Pendakwaraya Alejandro Pellegrini, polis yang menerima aduan daripada dua lagi anak Eduardo Oviedo, 66, pergi ke rumahnya di Mar del Plata, dan mendapati kedua-dua mangsa berada dalam kandang.

Menurutnya, isteri lelaki itu berusia 61 tahun manakala anaknya yang autisme berusia 32 tahun.

Kandang itu dikunci dari luar dan kedua-dua mangsa dibekalkan tilam usang, hidup dalam kadang berkenaan yang turut dipenuhi batu bata dan makanan haiwan.

“Apabila malam, mereka dibawa masuk ke dalam rumah dan dikurung dalam bilik yang amat kotor, “ katanya.

Eduardo Oviedo (tengah) dirring anggota polis selepas ditahan Jumaat lalu. - Foto AFP
Oviedo ditahan Jumaat lalu, dan dihadapkan ke mahkamah Sabtu lalu.

Menurut Pellegrini, lelaki itu akan menjalani ujian mental dan anak-anaknya yang tinggal berdekatan, tidak membuat laporan sebelum ini kerana takutkan bapa mereka. - AP