PENERBIT majalah khas untuk lelaki dewasa, FHM (for him magazine) Singapura, MediaCorp akhirnya mengumumkan terpaksa memberhentikan pengeluaran majalah tersebut bermula bulan hadapan setelah hampir sedekad beroperasi.
Edisi terakhir FHM Singapura menyaksikan pelakon Jae Liew menghiasi muka hadapan majalah antarabangsa tersebut.
Pelakon Jae Liew menghiasi muka hadapan terakhir FHM edisi September 2015. |
Memetik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Bahagian Langganan MediaCorp, Jessie Sng berkata, “menutup penerbitan majalah adalah bukan satu perkara yang mudah. Kami terpaksa mengambil keputusan sukar ini memandangkan trend pembelian majalah di kalangan lelaki sudah semakin menurun. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang setia menyokong kami selama 10 tahun ini”.
Berikutan penutupan majalah tersebut, MediaCorp dikatakan akan menumpukan kepada sebuah projek khas yang mana disasarkan untuk pembaca lelaki.
Antara selebriti wanita Singapura yang pernah menjadi penghias muka hadapan FHM edisi negara tersebut. |