Maria Chin Cuba "Ajar" Polis, Gesa Tidak Perlu Siasat Mahathir

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah
Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah "mengajar" pihak berkuasa bahawa tiada keperluan untuk polis menyiasat bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hanya kerana hadir ke himpunan yang dia anjurkan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Tegas Maria, Dr Mahathir hadir atas kapasiti sebagai peserta demonstrasi jalanan itu sahaja semata-mata dan tindakan bekas Perdana Menteri itu sama seperti pihak lain.

"Tidak ada keperluan untuk memanggil beliau (Mahathir) atau mana-mana peserta yang hadir dalam perhimpunan BERSIH 4.0" kata Maria yang dipetik dari Malaysiakini di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum itu memaklumkan bahawa pihaknya akan menyiasat kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir semasa perhimpunan jalanan itu, selain kerana menghadiri perhimpunan tersebut.

Dalam kenyataan Ketua Polis Negara itu, tidak pula dimaklumkan bahawa Tun M dipanggil polis kerana menyertai himpunan tersebut sebagai peserta sebagaimana yang didakwa Pengerusi Bersih itu.


“Kita akan panggil beliau… beliau telah membuat ucapan dan pelbagai tuduhan tertentu, kita pun hendak tahu dengan lebih lanjut apakah maksud beliau itu, serta dari mana maklumat itu diperoleh.

“Contohnya kenyataan Tun kata bahawa Ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita hendak tahu secara lebih lanjut… harap beliau pun boleh memberi kerjasama pada polis,” kata Khalid. -Kedahnews.com