Masa DAP Dan Amanah Berterusan Hentam PAS Sudah Tamat - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR – Pemuda PAS memberi amaran kepada dua parti politik pembangkang, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) bahawa masa untuk mereka berterusan menghentam parti itu sudah berakhir.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kini tiba masa untuk PAS pula memberi penerangan kepada orang ramai mengenai isu yang dibangkitkan.

“Masa untuk DAP menghentam PAS sudah di hujung. Masa untuk untuk G18@GHB@Amanah Negara memburuk-burukkan PAS sudah di puncak.

“Ulang dan ulanglah lagi.. tiada siapa pun akan menghalang,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Nik Mohamad Abduh berkata, sudah tiba masa untuk rakyat mendengar daripada PAS pula yanghadir dengan Islam, benar dan istiqamah.

“Hujung untuk rakyat Malaysia adalah pilihan untuk menyokong kebenaran. Semoga Allah memberkati Malaysia,” katanya.

DAP dibantu PAN yang dianggotai bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu giat menghentam PAS dalam pelbagai isu.

DAP antaranya mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penipu dan pengkhianat Pakatan Rakyat kerana enggan tunduk kepada permintaan DAP.

Akibatnya, PAS mengumumkan parti itu membatalkan kerjasama dengan DAP bagi mempertahankan akidah PAS sebagai sebuah parti Islam. -Kedahnews.com