Susulan dari sebuah rakaman video kanak-kanak dipukul oleh seorang seorang wanita dipercayai pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Ipoh, pihak berkuasa mengambil serius dengan menyiasat video berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, pihaknya akan menyiasat video yang viral di laman-laman sosial itu seberapa segera.
"Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
"Kita akan siasat kesahihan kejadian itu dan benarkah ia berlaku di lokasi yang disebut dalam maklumat yang diviralkan itu," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
Rakaman video berdurasi 53 saat itu menunjukkan wanita berkenaan menampar pipi, belakang, peha dan lengan kiri selain mencekak mulut mangsa yang sedang menangis.
Menurut sumber yang tersebar di Facebook, kanak-kanak yang dipukul itu dikatakan telah menggigit kanak-kanak lain yang turut diasuh di pusat asuhan kanak-kanak tersebut.
Rata-rata warga netizen di seluruh negara mengecam teruk wanita yang memukul kanak-kanak itu yang dikatakan tidak wajar dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian. -Kedahnews.com
Posted by Kedahnews.com on Monday, September 21, 2015