Pengguna Facebook Dakwa Polis "Pau" Pengemis RM3, Pecahkan Bekal Makanan?


Seorang pemilik akaun Facebook mendapat perhatian ramai selepas berkongsi kisah sedih yang dikatakan berlaku di Bukit Bintang pada 11 September lalu.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku selepas jam 9 malam itu, beberapa anggota polis didakwa telah bertindak melampau apabila ‘mengepau’ wang RM3 selain bertindak memecahkan bekal makanan milik seorang pengemis di sana.


“Tujuan saya amik gambaq ni adalah,nak tunjukan uncle ni adalah manusia jugak. Kepada Abg2 polis yang “PAU” duit RM3 hasil dia mengemis dan pecahkan bekal makanan dia, tak kisah la,apa “background” dia sebelum ni.Tuhan melihat segala-galanya dan abg2 polis terlupa ramai pelancong yg tengok.Di tempat awam. Kejadian berlaku pada 11/09/2015 jam 9 mlm keatas, di Bukit Bintang. Harap pihak berwajib Ambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku2 tersebut” tulis pemilik akaun Facebook Irwan Tasha Che Omar.

Rata-rata netizen melahirkan kemarahan mereka terhadap insiden ini dan turut berharap sekiranya ia benar, maka anggota polis yang terbabit mesti diadili kerana telah mencemar nama PDRM.

Kalau dilihat pada gambar di mana nasi bertaburan atas jalan, memang cukup menyedihkan.. kerana nasi yang bagi kita bukan apa-apa itu mungkin besar nilainya buat seorang pengemis yang selalu terpaksa mengikat perut.

Apa pun, mungkin ada penjelasannya mengapa manusia boleh bertindak sekejam ini terutama melibatkan anggota penjawat awam, jika kejadian ini benar-benar berlaku seperti mana diceritakan saksi. 

Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan dakwaan Irwan Tasha Che Omar itu benar atau tidak memandangkan gambar dan perkongsian yang dikatakan telah dimuat naik pada 12 September itu gagal dikesan di laman Facebooknya hari ini. -Kedahnews.com