Pengorbanan Bapa Basah Kuyup Lindungi Anak Sentuh Hati Jutaan Netizen

Bapa sering menjadi wira tak didendang...
Selalunya, ibu lebih diraikan oleh masyarakat dunia sebagai insan pertama dan yang terpenting untuk diutamakan dalam hidup.

Mungkin keadaan itu telah menjadikan kedudukan seorang bapa agak kurang dihargai atau diberi perhatian walaupun golongan itu merupakan ketua bagi sebuah keluarga dan tidak kurang juga hebat pengorbanannya.

Sekeping gambar yang memaprkan seorang lelaki yang juga bapa yang sanggup basah kuyup demi anak lelakinya bagaimana pun telah bertukar menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Keprihatinan serta kasih sayang sebagai bapa yang ditunjukkan lelaki ini sememangnya menyentuh perasaan dan mengharukan orang ramai.

Namun tiada lokasi spesifik menyatakan di mana gambar ini diambil. Jika diamati dari segi kawasan persekitaran dan beberapa aspek lain, lokasi gambar ini diambil berkemungkinan di China.

Apa pun, dari mana gambar ini berasal itu tidak penting kerana apa yang utama adalah nilai-nilai murni yang ditunjukkan lelaki ini serta pengajaran kepada setiap anak untuk menghargai pengorbanan bapa masing-masing.  -Kedahnews.com