"Perdana Menteri Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al-Aqsa" - Biro Politik Hamas

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan untuk memisahkan bahagian serta ruang masjid itu antara umat Islam dan Yahudi.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan pengutukan itu kepada Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal menerusi perbualan telefon pada Isnin.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kebudayaan Palestin, Perdana Menteri turut berkata Malaysia menyokong penduduk Palestin dalam berhadapan dengan kezaliman dan pencerobohan itu.

Meshaal berkata keadaan berbahaya wujud di Baitulmaqdis disebabkan tindakan pencerobohan oleh tentera Israel.

Meshaal turut menyuarakan terima kasih dan penghargaan beliau kepada kerajaan serta rakyat Malaysia berikutan sokongan mereka kepada penduduk Palestin dalam berhadapan dengan keganasan Israel. – BERNAMA