Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) Hantar Pendakwah Ke Sabah

Pendakwah Hesa dan Sabah bergambar kenangan bersama.
ALOR SETAR - Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) menghantar seramai lima tenaga pengajar pondok dan sekolah agama di bawah naungannya ke Sabah, baru-baru ini.

Ketua rombongan pendakwah Hesa, Azahari Yusof berkata, program selama lima hari itu adalah bertujuan untuk daurah pengajian kitab agama kepada pelajar sekolah pondok dan masyarakat di sekitar Kota Kinabalu.

“Kami optimis dalam membantu pendakwah di Sabah sebagai usaha menggiatkan lagi dakwah Islam di negeri itu.

“Siri jadual pengajian kitab yang dilakukan ini akan berterusan secara berkala mengikut silibus yang disusun,” katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu juga diharapkan dapat menjadikan pelajar berkenaan sebagai pendakwah pelapis di Sabah.

“Antara aktiviti yang dilakukan ialah pengajian kitab, gotong-royong memasak dengan penduduk kampung, praktikal solat bersama mualaf, memenuhi kuliah maghrib dan subuh sekitar Kota Kinabalu serta mengajar bacaan qasidah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian