Jerrol Harris mempunyai rekod 12 kali ditahan termasuk kerana merompak dan memiliki senjata api. - Foto complex.com |
Dalam satu kes cubaan mencuri kereta yang menembak pemandu kereta berkenaan sebelum itu seorang anggota polis di kota metropolitan itu dikatakan tersasar teruk dalam tembakannya.
Dalam kejadian awal pagi tadi, suspek 27 tahun dikenali sebagai Jerrol Harris cuba melarikan diri selepas menembak tangan seorang pemandu dalam usahanya mencuri kereta lelaki itu di Brooklyn.
Polis mengejarnya dan Harris melepaskan tembakan ke arah polis dengan pistol .40 Taurus Millennium.
Enam anggota polis membalas tembakan tetapi tidak mengenai suspek dan hanya tembakan ke-84 mengenai bahagian bawah kaki lelaki itu.
Harris mempunyai rekod 12 kali ditahan sebelum ini, termasuk kerana merompak dan memiliki senjata api.
Menurut Huffington Post, Jabatan Polis New York kini menimbangkan untuk mengadakan latihan menembak lebih kerap untuk anggotanya. - Complex.com