Puluhan Ahli Parlimen Jepun Bertumbuk Sakan Dalam Dewan..!

Semakin ramai Ahli Parlimen mengerumuni Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto EPA
Persidangan Parlimen Jepun menjadi huru-hara pagi ini apabila Ahli Parlimen tolak menolak, malah bertumbuk sesama sendiri ketika perbahasan rang undang-undang yang boleh membuatkan tentera negara itu meninggalkan dasar tidak campur tangan dalam konflik di luar Pasifik yang diamalkan sejak 70 tahun lalu.

Ahli Parlimen pembangkang melompat dari meja atas ke bawah ketika pergaduhan itu dengan beberapa orang cuba merebut pembesar suara daripada Speaker dewan bagi menghalangnya meneruskan undian untuk undang-undang kontroversi berkenaan.

Seorang pemimpin kanan pembangkang kemudian berkata mereka tidak akan menerima undian yang dilakukan tanpa pengetahuan mereka.

Ahli Parlimen meninggalkan kerusi menyerbu Speaker Yoshitada Konoike sama ada mahu merebut pembesar suara bagi menghalangnya meneruskan undian rang undang-undang atau untuk melindunginya. - Foto REUTERS
Jika rang undang-undang itu diluluskan, tentera Jepun dibenar mempertahankan sekutu walaupun Jepun sendiri tidak diserang.

Artkel Sembilan sekarang yang berkuatkuasa selepas Perang Dunia Kedua - perang di luar kawasan Jepun ialah bagi menyelesaikan pertikaian antarabangsa membabitkan Jepun.

Perbahasan rang undang-undang itu diteruskan selepas pertelingkahan berjaya diredakan. - Daily Mail