Puteri Sulung Yusri - Lisa Surihani Dinamakan Yahaira Leanne.

Puteri sulung pasangan Yusri - Lisa Suirhani bernama Yahaira Leanne
PASANGAN selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim sepakat menamakan cahaya mata sulung mereka Yahaira Leanne.

Perkara itu dikongsikan portal berita Astro Awani menerusi laman mikro Twitternya semalam.


Lisa, 29, melahirkan Yahaira di Pantai Medical Centre, Bangsar tepat jam 11.44 malam, 15 September lalu.

Lisa dan Yusry bernikah pada 23 Februari 2012 di Putrajaya selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon jelita negara, Erra Fazira. -Kedahnews.com