Mr. Bean |
Bagi mereka yang membesar dengan sitkom lelaki ‘bodoh-bodoh alang’ yang dikenali sebagai Mr. Bean pastinya mereka sangat menggemari siri komedi yang dipersembahkan dengan jayanya oleh teruja utama, Rowan Atkinson.
Diam tak diam, rupa-rupanya sudah 25 tahun pelawak yang hampir "bisu" itu bersiaran menceriakan hari-hari kita ketika di zaman kanak-kanak.
Bagi meraikan ulang tahun perak kelahiran siri itu, Rowan Atkinson telah memilih bangunan ikonik di United Kingdom iaitu di hadapan kediaman keluarga diraja England, Istana Buckingham bagi tujuan itu.
Membawa bersama kereta mini berwarna kuning serta patung Teddy yang setia menemaninya ke mana sahaja, Rowan menggayakan persalinan Mr. Bean yang sinonim dengan imejnya itu.
Menggayakan satu babak popular Mr. Bean, Rowan menaiki bumbung kereta dengan duduk di atas sofa sambil mengelilingi kawasan istana berkenaan. -Kedahnews.com