Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah Mangkat Pagi Tadi, Al-Fatihah

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamudin Alam Shah Al-Haj
ALOR SETAR – Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamudin Alam Shah Al-Haj telah mangkat kira-kira jam 10 pagi tadi.

Baginda DYTM mangkat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, menurut satu kenyataan yang dimaklumkan kepada Kedahnews.com.

Al-Marhum dilaporkan mangkat pada usia 80 tahun dan jenazah baginda akan dibawa ke Istana Hidayah Alor Setar.

Al-Marhum Tengku Raudzah merupakan puteri sulung kepada Sultan Selangor ke-5, Sultan Hisamudin Alam Shah Al-Haj ibnu Al-Marhum Sultan Alaudin Sulaiman Shah dan diputerikan pada 29 September 1929 di istana Bandar Temasya, Klang, Selangor.


Baginda juga merupakan adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan kekanda kepada Tengku Ampuan Bariah.

Al-Marhum berkahwin dengan Raja Muda Kedah, Tengku Abdul Tunku Abdul Malik ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 16 Julai 1956 di istana Bukit Kota, Alor Setar, Kedah. -Kedahnews.com