Rani Kulup #Kipidap Sanggup Ke US Cari Alvin Tan... #DonGiBap

Ayah Arka atau nama penuhnya, Abdul Rani Kulup Abdullah
Marah terhadap hinaan dan sikap biadap seorang anak muda Cina, Alvin Tan, yang menghina kalimah "Allah", Ayah Arka sanggup berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjejak blogger lucah tersebut dalam usaha mengheretnya pulang ke Malaysia.

Ayah Arka atau nama penuhnya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, pihaknya akan membuat satu lagi laporan polis terhadap Alvin, sekaligus menambah lagi koleksi laporan-laporan polis yang beliau lakukan sebelum ini.

"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi.

"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya secara berseloroh sambil mengaku sanggup menjejak Alvin hingga ke lubang cacing jika diberi peluang.

Selain itu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu juga turut mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.

Kata Ayah Arka, dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.

"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
  
Terdahulu, Exco Pemuda Umno dan NGO Pemikir  Muda Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan meminta kerajaan mengekstradisi segera Alvin ke Malaysia. 

Selain itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. 

Sehingga kini Alvin dilaporkan masih bebas di Amerika Syarikat dan giat mencetus kemarahan umat Islam di Malaysia menerusi pelbagai bentuk provokasi yang menghina Islam dan bangsa Melayu. -Kedahnews.com