Red Devils Man United Melangkah Ke Strategi Media Baru Digital

Manchester United
London - Kelab Liga Perdana Inggeris (BPL) Manchester United menjalin kerjasama dengan firma Teknologi Maklumat (IT) India HCL Technologies untuk memperkemaskan laman web kelab dan applikasi ketika strategi media baru digital ditingkatkan.

Juara liga 20 kali terbabit bergelut sejak pengurus Sir Alex Ferguson bersara pada 2013 tetap masih mampu menandatangani kontrak komersil lumayan di bawah pemilikan keluarga Glazer dari Amerika syarikat.

"Kerjasama membolehkan United menyediakan platform terhadap media digital yang akan beroperasi," kata Pengarah Urusan Manchester United Richard Arnold semalam.

Bagaimanapun kedua pihak tidak menyatakan nilai perjanjian terbabit.

United menghuni tangga kelima liga selepas empat perlawanan dalam EPL musim ini. - Reuters