Remaja 18 Tahun Tembak Lelaki Bertopeng, Rupanya Bapa Sendiri


Florida - Seorang remaja 18 tahun dari St Petersburg, di sini, tidak menyangka lelaki yang ditembaknya kerana menceroboh masuk rumah ialah bapanya sendiri.

Dalam kejadian semalam, remaja itu terjaga daripada tidur apabila terdengar seseorang memanggil namanya meminta tolong lalu mencapai senapang dan sebaik keluar dari bilik, melihat seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng mengacukan pistol kepada ibunya.

Tanpa teragak-agak Malachi Heilser menembak lelaki berkenaan yang sebelum itu memecahkan tingkap untuk masuk ke dalam rumah. Heisler tinggak di rumah itu bersama ibu, adik perempuan dan teman lelaki ibunya.

Menurut laporan The Tampa Tribune, selepas membuka topeng lelaki itu, barulah dia menyedari penceroboh yang dibunuhnya ialah bapanya sendiri, John Heisler.

Bapanya ditahan awal tahun ini kerana memiliki senjata api dan Malachi yang menutup mukanya ketika bercakap kepada wartawan semalam, berkata ibunya mendapat perintah mahkamah menghalang dihampiri bapanya. - complex.com