Rempuhan Mina: Dakwaan Arab Saudi Pancung 28 Petugas Haji, Warga Iran Adalah Palsu?


Tersebar di laman-laman sosial sekeping gambar yang mendakwa mengenai kononnya kerajaan Arab Saudi telah mengenakan hukuman pancung terhadap 28 orang petugas haji yang dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab sehingga berlakunya insiden rempuhan di Mina.

Tidak cukup dengan dakwaan tersebut, timbul juga dakwaan yang mengatakan kononnya kerajaan Arab Saudi turut melaksanakan hukuman pancung terhadap warga Iran yang terlibat dalam tragedi rempuhan yang menyebabkan lebih 700 jemaah haji terkorban itu.

Gambar yang tersebar di laman-laman internet di seluruh dunia itu menunjukkan seorang algojo sedang melaksanakan hukuman pancung terhadap seorang lelaki.


Menurut sumber Kedahnews.com yang sedang berada di Makkah, gambar berkenaan adalah merupakan gambar yang dikitar semula membabitkan satu kes jenayah yang berlaku di Arab Saudi pada tahun 2014. 

Kes berkenaan merupakan sebuah kes dadah yang melibatkan seorang warga Iran dan tiga warga Syria yang dijatuhkan hukuman pancung atas kesalahan mengedah dadah di negara berkenaan pada tahun lalu.

Mungkin mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan Arab Saudi di atas kejadian rempuhan di Mina baru-baru ini, serangan demi serangan menerusi propaganda telah dilancarkan pihak tertentu terhadap negara tersebut.


Dikatakan bahawa serangan terhadap Arab Saudi itu didalangi oleh golongan Syiah Iran yang dikatakan sudah sekian lama menaruh dendam terhadap negara berkenaan dan pernah melakukan rusuhan di Makkah, selain enggan mematuhi arahan pihak berkuasa yang menjaga keselamatan di sana. 

Beberapa tokoh ulama sebelum ini memohon semua pihak supaya berhati-hati dalam mempercayai sebarang laporan berhubung insiden rempuhan di Mina kerana bimbang ia dimanipulasi pihak tertentu untuk mewujudkan permusuhan antara golongan Sunni dan Syiah. -Kedahnews.com