Uqasha Senrose |
Baru-baru ini terdapat desas-desus gossip artis yang mengejutkan apabila dikatakan kononnya pelakon jelita Uqasha Senrose telah berkunjung ke sebuah kelab malam.
Lebih sensasi lagi, ada yang menabur cerita mendakwa kononnya pelakon drama ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ itu hanya berselindung dengan memakai topi dan membuka tudungnya.
Kesal dengan dakwaan yang tersebar itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, tambil membela diri dengan menyifatkan khabar angin yang tersebar mengenai dirinya itu adalah perkara yang tidak masuk akal.
“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.
“Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,” katanya yang dipetik dari mStar Online.
Dalam perkembangan lain, Uqasha baru melancarkan koleksi perniagaan tudung yang baru ditubuhkannya iaitu Uqasha Senrose Collection.
Tudung jenamanya itu boleh didapati secara dalam talian menerusi www.uqashasenrose.com.my dengan harga bermula RM49 sehingga RM99. – Kedahnews.com