Azwan Ali ketika menunaikan umrah. Foto: Azwan Ali Instagram |
Nama Azwan Ali sekali lagi panas menjadi bahan kutukan ramai apabila dia dikatakan telah memaki hamun seorang peminatnya gara-gara gagal memahami pertanyaan wanita tersebut.
Menerusi ruangan komen di laman Instagramnya, pengikutnya yang dikenali sebagai ‘sitijuha’ bertanyakan adakah Azwan ada membuat khidmat penghantaran untuk rendang jualannya ke Johor Bahru.
Biasalah jika digunakan singkatan JB untuk Johor Bahru, bukan?
Namun, Azwan atau Diva AA dikatakan terus melatah melenting tidak tentu pasal kerana mengandaikan peminat itu memperlekehkannya dengan mengatakan, ‘Job takde ke?’.
Dikenali sebagai seorang yang "lazer", Azwan terus memaki pengikutnya itu dengan kata-kata kesat yang kurang enak untuk diucapkan, apatah lagi bagi dirinya yang khabarnya sudah lapan kali mengerjakan ibadah umrah.
Insiden berkenaan secara tidak langsung mengulangi kembali insiden restoran steak eksklusif, Menate', sebelum ini yang menyaksikan akhlaknya yang "terpuji" itu. -Kedahnews.com