Anggota forensik polis memeriksa bangkai motosikal curi yang meletup selepas dipasang bom di daerah Rangae, pagi semalam. -Foto Bangkok Post |
Bangkok - Dua orang awam, seorang lelaki dan seorang wanita serta seorang tentera terbunuh manakala tiga lagi cedera akibat beberapa letupan bom yang disorok dalam motosikal di Narathiwat, malam semalam.
Bangkok Post melaporkan, letupan bom itu berlaku di lapan lokasi di daerah Rangae, antara jam 7 malam hingga 9.15 malam. Antara yang menjadi sasaran ialah pasar, kuil, pejabat pos dan bar karaoke.
Seorang penduduk dan seorang tentera mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di hospital. Letupan itu mencederakan 10 tentera dan penduduk.
Menurut polis, letupan pertama dekat Wat Sanghasittharam bagi menarik perhatian manakala letupan kedua bagi membunuh tentera orang ramai yang datang melihat dan polis percaya bom diletupkan dari jauh.
Menurut AFP, polis juga menemui tiga bom yang tidak meletup dana setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Agensi