Serba Tapak Bina Perumahan, Imigresen Kedah Tangkap 87 Warga Asing Di Gurun


ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 87 warga asing dalam serbuan di tapak pembinaan Taman Permai Utama, Gurun, petang kelmarin, menurut pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim hari ini.

Katanya, dalam operasi 2.55 petang itu pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 113 warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan itu.

Bagaimanapun hasil siasatan, Mohamad Yusri berkata, pihaknya menahan 51 warga Myanmar, Indonesia (11) dan Bangladesh (10) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Bagi kesalahan langgar syarat pas lawatan membabitkan tiga warga Myanmar, Indonesia (enam) dan Bangladesh (lima) manakala seorang warga Kemboja ditahan kerana tinggal lebih masa.

Beliau berkata, kesemua warga asing ditahan di lokap Imigresen bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik. - Bernama