Siar Fakta Justo: Nurul Izzah Kata Berita Harian - NST Tipu, Mahu Saman

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar semalam mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Berita Harian dan News Straits Times (NST).

Beliau mendakwa, kedua-dua akhbar tersebut telah membuat laporan berunsur penipuan keatas dirinya berhubung isu beliau menawarkan USD2 juta kepada bekas pegawai PetroSaudi International Ltd tersebut yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand atas kesalahan cubaan peras ugut.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan USD2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya parti pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

“Saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas NST dan Berita Harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akhbar terbabit dalam laporan muka depan hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri, mendedahkan Nurul Izzah berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (lMDB) yang dicurinya pada tahun 2011.

Bagaimanapun, Nurul Izzah yang juga anak Ketua Umum PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat bukan pembeli berpotensi dimahukan Justo, yang mengakui dikuasai sifat tamak ketika itu. Dia mahukan bayaran tunai berjumlah USD2 juta (RM8.62 juta) bagi dokumen berkenaan.

Pengakuan itu menyebut, apabila Nurul Izzah menawar untuk membayar dalam bentuk kontrak yang bakal diperoleh sebaik pembangkang mengambil alih kuasa daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Justo tegas menolaknya.

Justo mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Izzah ke dalam urusan itu. -Kedahnews.com