Pelakon wanita yang sering dilanda pelbagai kontroversi, Tasha Shilla meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan fesyen menjolok mata yang dipakainya dengan mengheret isu agama dalam pertikaian.
Kata Tasha, dia berpakaian seksi sedemikian adalah untuk "cari makan', demi kelangsungan kerjayanya sebagai selebriti yang turut diundang sebagai model yang memperagakan pelbagai jenis fesyen.
“Saya mohon jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi penghormatan untuk muncul ketika acara fesyen.
"Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus,” kata Tasha dalam satu kenyataan.
Berdepan dengan kritikan-kritikan panas yang ditujukan padanya, pelakon tersebut menjelaskan bahawa dia hanya mampu menjadi doa sebagai senjatanya.
Tasha turut menegaskan bahawa meskipun dia tidak sempurna dan kelihatan sosial, namun dia masih berpegang kepada prinsip agama.
"Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama.
"Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu," ujarnya lagi.
Tasha Shilla sebelum ini menerima kritikan panas dari pelbagai pihak bermula dari kisah putus cinta, penyebaran sebuah foto wanita separuh bogel yang dipercayai merupakan dirinya, terbaru dia dikritik pedas berhubung fesyen yang dikatakan seksi terlampau. -Kedahnews.com