Gambar Hiasan |
LONDON — Global Firepower (GFP), sebuah laman web terkenal analisis kekuatan pasukan tentera kebangsaan di seluruh dunia menyenaraikan Angkatan Malaysia Malaysia (ATM) sebagai ke-35 terkuat di arena antarabangsa.
Laman berpengaruh itu mengeluarkan senarai penarafan lebih 100 negara sebagai perbandingan organisasi ketenteraan paling kuat di dunia dengan berdasarkan kepada 50 faktor penilaian berbeza yang cukup ketat.
Antara faktor menilai kekuatan tentera sesebuah negara ialah jumlah penduduk, usia rakyat yang dibenarkan menjadi anggota tentera, jumlah tentera, jumlah peralatan, hutang luar negeri dan penggunaan bahan bakar.
Misalnya, jumlah populasi sebuah negara menjadi petunjuk awal penilaian penarafan ini dan secara umum, semakin besar bilangan penduduk sebuah negara, maka kekuatan ketenteraan negara itu akan semakin besar.
Agar penilaian senarai tersebut lebih bersifat adil serta dipercayai, keupayaan sebuah negara dalam mengembang dan memiliki persenjataan nuklear langsung tidak diambil kira menjadi faktor penilai oleh pihak GFP.
Semua penilaian bebas itu akan menunjukkan secara ‘atas kertas’ kemampuan pasukan tentera sesebuah negara jika betul-betul terjadi perang konvensional sama ada pertempuran terbuka di darat, udara, mahu pun laut.
Hasil analisis menggunakan 50 faktor penilaian itu, GFP menentukan untuk 2015, negara dengan ketenteraan terkuat di dunia masih dipegang Amerika Syarikat (AS), diikuti Rusia dan China masing-masing kedua dan ketiga.
Manakala, India dan Britain menduduki tangga keempat dan kelima dunia sementara negara Asia lain yang menduduki posisi 10 terkuat ialah Korea Selatan di kedudukan ketujuh dan Jepun pula di posisi kesembilan.
Itu ‘Top Ten’ namun bagaimana pun di peringkat rantau Asia tenggara. Hasil penilaian sangat ketat itu, GFP menyenaraikan Indonesia paling kuat di ASEAN dan menjadi negara dengan tentera ke-12 terkuat di dunia.
Kedudukan Tentera Nasional Indonesia ini di bawah Israel (11) tetapi di atas Australia (13). Dengan posisi ini, Indonesia juga lebih kuat berbanding beberapa negara Eropah, seperti Poland, Switzerland atau Denmark.
Negara tentera terkuat kedua di Asia Tenggara ialah Thailand yang secara global berada di tangga ke-20, diikuti Vietnam (21), Singapura (26), Malaysia (35), Filipina (40), Myanmar (44), Kemboja (96) dan Laos (117).
Sementara itu, 10 negara dengan kekuatan tentera paling lemah dalam senarai GFP ini ialah Laos, Gabon, Cameroon, Tanzania, Sudan Selatan, Libya, Zambia, Mali, Mozambique dan Somalia.
Berikut adalah negara-negara yang tersenarai di dalam carta GFP mengikut kategori; -Kedahnews.com
10 Terbaik Dunia: Amerika Syarikat, Rusia, China, India, Britain, Perancis, Korea Selatan, Jerman, Jepun, Turki
10 Terbaik Eropah: Britain, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Ukraine, Czech, Switzerland, Austria, Belanda
10 Terbaik Afrika: Mesir, Algeria, Afirka Selatan, Nigeria, Habsyah, Maghribi, Tunisia, Kenya, Angola, Niger
10 Terbaik Timur Tengah: Israel, Iran, Arab Saudi, Syria, UAE, Jordan, Oman, Kuwait, Qatar, Yaman
10 Terbaik Asia Pasifik: Rusia, China, India, Korea Selatan, Jepun, Turki, Indonesia, Australia, Taiwan, Pakistan