"Terlalu Hormat" Sensitiviti Umat Islam, 500 Troli Disamak Gara-Gara Wanita Dan Anjingnya


Mungkin "terlalu menghormati" sensitiviti umat Islam tentang kedudukan anjing sebagai haiwan yang ditetapkan sebagai najis dan perlu disamak sekiranya bersentuhan dengan haiwan tersebut, sekeping gambar yang memaparkan dua orang wanita dan anjingnya di sebuah pusat membeli belah viral diperkatakan di laman sosial baru-baru ini.

Sejak semalam gambar berkenaan yang memaparkan dua pelanggan wanita di Tesco Plentong, Johor Bahru itu meletakkan anjing di dalam troli giat dikongsikan di media sosial.

Apa yang menjadi perhatian ramai, pelanggan tersebut bukan sahaja tidak sensitif apabila membawa anjing di tempat awam malah haiwan peliharaan mereka didapati kencing ketika berada dalam troli.

Akibatnya, tindakan tidak bertanggung jawab tersebut menjadi bahan kecaman netizen.


Hal ini kerana rata-rata rakyat Malaysia tanpa mengira agama sepatutnya tahu bahawa anjing merupakan haiwan yang najis dipegang oleh umat Islam apatah lagi air kencing haiwan tersebut, sah-sah perlu disamak.

Susulan itu, difahamkan pihak pasaraya Tesco terpaksa meminta bantuan daripada AJK Masjid Plentong untuk melakukan gotong royong bagi menyamak lebih 500 troli yang terdapat di pasaraya tersebut.

Hanya kerana seekor anjing, beratus troli perlu disamak, bukankah menyusahkan?

Diharapkan kejadian ini menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia lain supaya lebih sensitif pada masa akan datang. -Kedahnews.com