Terlalu Melampau! Alvin Tan Hina Allah, Ambil Kesempatan Tragedi Di Makkah!


Kami yakin bahawa blogger kontroversi, Alvin Tan sebelum ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dari kalangan rakyat Malaysia yang senada seirama dengannya yang kerap cuba mencabar kesabaran di kalangan kita, khususnya bangsa Melayu beragama Islam.

Blogger lucah yang sebelum ini dilihat cenderung menyokong pihak parti politik pembangkang dan menghina pemimpin kerajaan itu turut diberi sokongan oleh mereka yang sebangsa dengannya, seolah mencipta ideologi yang merenggangkan keharmonian berbilang agama, bangsa dan budaya.

Namun kami percaya bahawa kesabaran umat Islam di Malaysia pun ada batasnya, bukan?

Terbaru, Alvin nampaknya sudah melampaui batas dengan bertindak menghina Allah di atas kejadian isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia.

"107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.

"Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” ‪#‎FikirFikirkanlah‬ ‪#‎AllahBacul‬," tulis Alvin di laman Facebooknya.


Kami yakin bahawa Alvin sudah berfikir panjang sebelum menulis sebegitu memandangkan dia baru sahaja mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia dengan mencacah tahu kalimah "Allah" di belakang pehanya.

Pada pandangan kami, Alvin sudah sampai ke tahap melampaui batas. Dan sesiapa yang cuba bertindak seperti lelaki ini, sila keluar dari negara ini sebelum kejadian buruk menanti mereka. 

Bacul atau tidak, Alvin boleh tahu sekiranya dia berani menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Itupun jika anak Cina itu tidak bacul. Cubalah kembali ke bumi bertuah ini jika mahu tahu "langit itu tinggi atau rendah". -Kedahnews.com