Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam mengaku memperkenalkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle -Brown, Individu melancarkan kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada pengurusan kanan The Edge Media Group.
Pua membuat pengakuan itu susulan kemunculan bukti siasatan kes bekas eksekutif Petro Saudi International ( PetroSaudi), Xavier Andre Justo, tetapi pada masa sama menegaskan tidak mempunyai kaitan terhadap kebocoran maklumat atau sebarang transaksi.
Bagaimanapun Pua enggan enggan menjawab ketika ditanya New Straits Times ( NST) menerusi WhatsApp, sama ada munasabah bagi seorang individu yang menjadi orang tengah penjualan komoditi dikatakan bernilai AS$2 juta (RM8.62 Juta), tidak mahu mengethui apa yang cuba dijual, kesahihannya atau sumbernya.
Pua turut ditanya sama ada menyedari ketika itu beliau membantu penjualan data yang dicuri. Ketika menjawab, Pua bertanya sama ada NST cuba melemparkan tuduhan terhadapnya.
Clare Broker Justo
Berdasarkan dokumen siasatan pihak berkuasa Thailand, Rewcastle -Brown yang bertindak sebagai Broker Justo dalam penjualan data yang dicuri daripada PetroSaudi, menghubungi Justo pada Februari 2015 dan memberitahu beliau bersama Pua, sudah mengatur mengatur penjualan data dicuri itu kepada pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.
Nama Pua timbul beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan Transkrip mesej WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle Brown, Justo dan pengurusan kanan The Edge, Kooi Ong serta Ho Kay Tat yang didakwa memulakan perbualan itu.
Dalam satu perbualan WhatsApp antara Justo dan Rewcastle Brown (mereka menggunakan nama samaran Fullerton dan Athene Ban) bagi membincangkan bayaran dijanji kepada Justo tetapi belum dilunaskan, Rewcastle-Brown memberitahu Justo (terjemahan):”Saya sudah meminta Tony mengatur pertemuan dengan Tong’.
Justo dalam balasannya, meminta Rewcastle-Brown menguruskan perkara itu dan berkata ” Anda buat keputusan, Saya sangka Tony adalah kelebihannya. Jika mereka tidak mempedulikan Tony, apa yang orang lain boleh lakukan”
Clare menjawab ” OK. Tunggu Tony untuk menyelesaikan perkara ini. Dia memperkenalkan saya dan sudah terbabit. Saya mengandaikan tiada pihak yang mahu menarik diri.
Dalam perbualan yang menggambarkan kesabaran Justo semakin menipis, Rewcastle-Brown turut didakwa berkata: “saya sudah beritahu Tony, kalau dia tak bayar, dia akan dilihat seperti beruurusan dengan saya pada ketika anda (Justo) mengugut (untuk mendedahkan perjanjian).
Mengaku Kenal Clare
Pua dipanggil ke Bukit Aman pada 4 September lalu bergubung kenyataannya berkaitan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).
Ketika bercakap kepada pemberita selepas itu, Pua memberitahu selepas itu, Pua memberitahu Polis bertanya sama ada beliau mengenali Rewcastle Broen dan Justo.
Beliau berkata: ” Saya beritahu saya kenal Clare dan menemuinya di London sebelum ini. Bagaimanapun, saya tidak kenal Justo dan tidak pernah menemuinya”
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ( PAC) itu turut memberitahu enggan menjawab beberpa soalan lain yang dikemukakan oleh pihak Polis dan menggunakan hanknya untuk berdiam.
Semalam NST menghubungi Timbalan Pengarah ( Siasatan dan Undang-Undang) JAbatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh, yang sebelum ini mengesahkan Pua dipanggil Polis samada Pua ada menyebut mengenai menjadi orang tengah antara Rewcastle-Brown dan Kooi Ong.
Amar berkata, ia tidak disebut sama sekali dan menambah Polis akan mengkaji bukti baharu ini.
Pua dilaporkan berkata, Beliau disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana memiliki dokumen dan penerbitan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Kertas Siasatan Baharu
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata polis menerima kerjesama pihak berkuasa Thailand dana akan melakukan segala yang perlu, termasuk membuka kertas siasatan baharu terhadap mereka yang terbabit dalam cubaan menggulingkan kerajaan.
“ini (prosedur) biasa, ” katanya. Sementara itu bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu NST, Pua tidak pernah menyatakan sebarang pengetahuan terhadap data yang dicuri atau rundingan mengenainya kepada Jawatankuasa Parlimen, yang bersidang dari Mei ke Julai ( apabila ia digantung Sementara) bagi menyiasat 1MDB.
Rundingan berkaitan data yang dicuri itu bermula seawal mac lalu sebelum berkahir secara tiba-tiba pada akhir Jun apabila Justo ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana memeras ugus bekas majikannya.
Dalam pengakuannya, Justo berkata, beliau berterus-terang kepada pihak terbabit mengenai data yang dicurinya, sambil menambah Kooi Ong memberi jaminan tiada apa yang perlu di risaukan dan ‘beliau akan menguruskan semuanya.
Saya tidak mengubah atau memalsukan data itu, tetapi saya tidak tahu apa yang Clare, Tong dan Ho Kay Tat lakukan selepas memberinya kepada mereka.
“Apa yang saya tahu ialah apabila saya melihat data asal PetroSaudi berkaitan urusan dengan 1MDB, saya tidak nampak sebarang salah laku” katanya dipetik dalam dokumen terbabit.
Julai lalu, Protection Group International (PGI) berkata maklumat yang disiarkan Sarawak Report berhubung 1MDB didapati ‘Tidak Konsisten ‘ dan ‘ tidak boleh dipercayai’ selain wujud beberapa aspek tidak konsisten antara maklumat asal dengan apa yang disiarkan diterbitkan di blog.
Siasat Sumber
Firma Keselamatan siber itu dilantik oleh PetroSaudi untuk menyisat sumber data yang disiarkan secara Online dan mengesahkan kesahihannya.
pada 24 Jun, 1MDB berkata siasatan ke atas Justo mendapati beberapa e-mel berkaitan dikesan telah diubah. 1MDB juga yakin pihak berkuasa akan menyiasat, mengesahkan fakta dan mengambil tindakan.
Pua, Rewcastle-Brown, Kooi Ong dan Kay Tat masing-masing menafikan salah laku atau bersubahat untuk menggulingkan Najib. - Berita Harian