Video "Ahem-Ahem" Boss Mafia Di Rusia Tersebar Di Seluruh Dunia?


Perlakuan seks seorang banduan yang bergelar ketua mafia di Rusia tersebar selepas perbuatannya berjaya dirakam menerusi kamera tersembunyi yang terdapat dalam lokap yang didiaminya.

Wanita yang kelihatan dalam video itu dikenal pasti sebagai Larissa Z dan dia dikatakan sering mengunjungi banduan tersebut beberapa kali sebelum ini.

Larissa sebelum ini mengatakan dia adalah aktivis kemanusiaan yang diberi tugas untuk melawat dan melihat keselesaan banduan itu yang ditempatkan di Penjara Sverdlovsk Oblast.

Bagaimanapun, kebanyakan rakyat Rusia tidak percaya kejadian ini berlaku dalam sebuah lokap memandangkan ia kelihatan seperti di sebuah rumah berdasarkan perabot yang terdapat dalam video terbabit.

Difahamkan video itu dirakam pada April lalu namun tidak dapat dipastikan siapa yang menyebarkan video itu kepada pihak media tempatan. -Kedahnews.com