APPLE membuatkan stadium di San Francisco penuh dengan 7,000 orang sebelum memperkenalkan mereka dengan gajet terbaharu.
Syarikat elektronik gergasi Amerika Syarikat itu memperkenalkan dua jenis iPhone iaitu iPhone 6s and the iPhone 6s Plus serta tablet gergasi iPad Pro.
Turut dipertontonkan kepada orang ramai ialah Apple TV dan Apple Watch.
Walaupun pelancaran itu berlaku tanpa Steve Jobs namun ia berlangsung dengan lancar.
Demi memuaskan hati orang ramai, Apple kali ini menggantikan kamera pada iPhone dengan versi 12MP manakala kamera depan turut dinaiktaraf.
Kamera depan tampil dengan versi 5MP supaya selfie yang diambil pengguna akan lebih baik daripada sebelum ini.
Berikutan itu, Naik Presiden Kanan Mac Software Engineering, Craig Federighi turut menunjukkan selfie yang lebih tepat di atas pentas pelancaran.
Bersama iPad Pro, Apple Pencil turut memperkenalkan bagi memudahkan penggunaan dan melangkau kelebihan yang ada pada pen pada tablet lain.
Dengan ciri setuhan lebih tepat, Apple Pencil dapat bertindak lebih fleksibel termasuk menggunakan ia untuk mewarna seperti memegang sebatang pensel warna.
Pada majlis berkenaan Apple juga memperkenalkan beberapa program yang telah ditambah baik bagi memudahkan penggunanya.
Sumber: mStar