Video: Bomoh Dan Hantunya Buat Rakyat Malaysia Lari Lintang Pukang


Sebuah video prank yang menakutkan ini baru sahaja dimuat naik, namun jumlah tontonannya sudah menjangkau hampir 20,000 kali di laman Youtube.

Apa yang menariknya, video prank hantu tersebut difahamkan telah dilakukan di Malaysia.

Memang jarang sekali video sebegini dibuat di negara kita dan selalunya ia hanya dihasilkan di luar negara seperti Rusia dan Brazil.


Ingatkan rakyat Malaysia kurang percaya dengan unsur-unsur mistik seperti ini, namun apabila sudah muncul di depan mata, lintang-pukang juga semua melarikan diri masing-masing, kan?

Sebenarnya ia dibuat sempena filem seram terbaru, Jwanita, yang akan ditayangkan pada 24 September ini dengan menampilkan pelakon hebat seperti Maya Karin, Bront Palare, Umie Aida dan Christina Suzanne. -Kedahnews.com