Video: Bukti Mengejutkan Spesis Burung Zaman Dinasor Belum Pupus?

Pterosaurs didakwa muncul di Idaho, Amerika Syarikat 
SEBUAH video amatur yang dirakam oleh seorang individu di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi sekali gus mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Video berdurasi kurang satu minit itu memperlihatkan seekor burung sedang berterbangan di awanan Idaho.

Walaubagaimanapun, burung yang dilihat itu bukan calang-calang burung yang lazimnya dapat dilihat sekarang.

Imej burung yang dapat dirakam melalui kamera amatur di Idaho, Amerika Syarikat.
Rata-rata netizen yang melihat video viral tersebut mendakwa itu adalah kemunculan semula burung yang pernah wujud pada zaman dinosaur satu ketika dahulu.

Lebih tepat, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada haiwan itu ada Pterodactyl atau lebih mudah dipanggil sebagai Pterosaurs.


Berdasarkan imej terbang di dalam video berkenaan, fizikal haiwan tersebut jelas sama seperti haiwan yang pernah hidup sekitar 150 juta tahun lalu itu.

Namun, tiada sumber yang dapat mensahihkan kebenaran munculnya kembali ‘burung’ zaman lalu itu. Sementara itu, ada juga yang menyatakan video berkenaan telah disunting dan ia adalah palsu.

Apa-apa pun, benar atau tidak ia terserah dan terpulang kepada pendapat individu masing-masing. -Kedahnews.com

Fizikal haiwan di dalam video viral itu dilihat sama seperti fizikal Pterosaurs yang pernah hidup pada zaman dinosaurs dahulu.