Video: Jemaah Tawaf Kaabah Guna Peluncur Elektronik "Hands Free Segway"?


Video seorang lelaki yang bertawaf mengelilingi Kaabah dengan menggunakan alat pengangkutan ringkas atau lebih jelas “hands-free Segway” menimbulkan persoalan adakah perbuatan tersebut dibenarkan di dalam Islam.

Menerusi video yang kini giat diperkongsikan di laman Twitter, rata-rata netizen berpendapat jika lelaki tersebut sihat tubuh badanya, adalah wajar buatnya untuk berjalan kaki bagi menunaikan ibadah tersebut.

“SubhanAllah…is this even halal?,” kata @MustafaHarun di laman mikro Twitter.

Manakala seorang pengguna mempersoalkan adakah semangat ketika bertawaf telah lentur akibat daripada permodenan di dalam kemajuan sains?

“Jika kesihatannya tidak berapa, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa meremahkan hal sebegini, maka kita mungkin  sekarang mencipta inovasi baru untuk tidak memiliki lagi semangat tawaf itu sendiri,” ujar @MuhaammadKamil.

“hands-free Segway”
Adalah sebaiknya pengguna alat peluncur elektronik Segway ini tidak dibenarkan kerana kebiasaan orang ramai yang tawaf mengelilingi Kaabah adalah dengan berjalan dan bukannya ‘meluncur’.

Perbuatan lelaki tersebut sekali gus mungkin akan memberikan gangguan kepada orang ramai dan secara kasarnya ia seakan ‘mencuri’ ketika mengerjakan ibadah.

Apa yang pasti, ramai para netizen melahirkan kebimbangan adakah pengguna jenis pengangkutan ringkas ini bakal menjadi satu bentuk trend baru di Masjidil Haram.

Dan pada pandangan kami, kerajaan Arab Saudi sememangnya kaya raya dan mampu untuk membina sebarang jenis kemudahan elektronik untuk jemaah yang mengunjungi baitullah seperti walkalator yang mengelilingi Kaabah di mana jemaah tidak perlu berjalan.

Kerajaan tersebut juga mampu membina hotel bertaraf 10 bintang di Arafah  dan Mina yang memiliki kolam renang.

Namun cuba fikirkanlah sendiri mengapa Kerajaan Arab Saudi enggan berbuat demikian dan kami percaya sekiranya kemudahan-kemudahan tersebut dibina, maka hilanglah nikmat mengerjakan ibadah haji dan umrah, kan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com


Ni mazhab mana yang benarkan syarat tawaf naik peluncur elektronik "hands free Segway" ni?
Posted by Kedahnews.com on Tuesday, September 1, 2015