Pada pandangan kami, siapa di negara kita yang tidak kenal dengan ‘raja’ segala buah, buah durian.
Rata-rata masyarakat di Malaysia dan di seluruh Asia sememangnya amat menggemari buah unik tersebut.
Digelar buah paling busuk di dunia, durian merupakan buah-buahan asli yang popular di Asia Tenggara.
Namun, buah durian ini sememangnya bukan buah kegemaran bagi golongan mat salleh di luar negara kerana baunya yang pelik dan ‘busuk.’
Macam mana agaknya reaksi dan respon mereka sekiranya buah itu dihidangkan kepada mereka? Menerusi sebuah video ini, kita akan dapat lihat pelbagai reaksi kelakar dari segelintir mat salleh yang mencubanya.
Cara mereka buka buah tersebut juga sudah mencuit hati, apa agaknya yang mereka rasa selepas buah itu dibuka. Jom sama-sama kita saksikan di bawah; -Kedahnews.com