#Viral: Ini Sebabnya Awek Minta Putus Dari Teman Lelaki?

Gambar Hiasan
Belum apa-apa lagi sudah meminta-minta dari teman lelakinya dan senario itu telah menjadi punca kepada insiden putus hubungan antara dua kekasih yang sedang viral diperkatakan di laman-laman sosial sejak akhir-akhir ini.

Menjawab soalan dari seorang rakannya, lelaki itu mendedahkan sikap sebenar aweknya yang dikatakan tidak mahu hidup susah, mendambakan teman lelaki yang berada dan memberikan kemewahan padanya.

Lebih hangat, lelaki tersebut turut menceritakan sikap kekasihnya yang tidak henti-henti mengungkit kegagalannya menyediakan segalanya, namun aweknya itu seolah tidak peduli dengan keadaan ibunya yang sedang terlantar di hospital akibat penyakit kanser.

Malah berlatar belakangkan keluarga yang sederhana di mana ayahnya kini sudah bersara dan kesempitan wang, aweknya itu tidak habis-habis memintanya untuk menjadi seorang lelaki yang serba versatile.

Menariknya, lelaki itu tidak goyah dengan rengekan dan rungutan aweknya itu memandangkan dia berpegang pada prinsip serta tahu untuk memilih perkara yang perlu diutamakan dalam hidup, termasuk tentang masa depan dirinya apabila mendirikan rumahtangga.

Di bawah, kami sertakan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp berkenaan dan mungkin itulah realiti yang berlaku dalam alam percintaan di alaf moden ini...kan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com