Wan Azizah Umum Pakatan Harapan Tanpa PAS, Suaminya Bakal PM

Pakatan Harapan Tanpa PAS
Akhirnya parti-parti politik pembangkang dilaporkan telah berjaya membentuk pakatan pembangkang baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan meskipun tanpa melibatkan PAS yang menjadi tunjang gerakan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pengumuman gaubungan yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan itu diputuskan pada sidang meja bulat dan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Rundingan meja bulat bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang baharu yang dinamakan Pakatan Harapan dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sebuah jawatankuasa khas yang diwakili setiausaha agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika kerja antara parti yang menganggotainya," katanya pada sidang media di Subang Jaya, semalam.

Terdalulu, Dr Wan Azizah mempengerusikan sidang meja bulat penubuhan pakatan pembangkang baharu yang turut dihadiri wakil setiap parti dan NGO pro pembangkang.

Selain itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Mengulas mengenai ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah seakan-akan masih cuba untuk "memancing" PAS berkata kononnya beliau masih mengharapkan kerjasama daripada semua parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (BN).

"PAS diberikan jemputan, jawapan yang diberikan ialah mereka ucap terima kasih, namun menyatakan tak dapat hadir buat masa ini," katanya. -Kedahnews.com