Kaedah ini mungkin trend paling ganjil, tidak masuk dek akal dan tidak terbukti secara saintifik untuk menurunkan berat badan yang pernah anda dengar.
Apa tidaknya, sebahagian wanita di Hong Kong dilaporkan semakin giat merenung matahari sebagai usaha mengurangkan berat badan.
Menurut laporan Oriental Daily, pengamal trend ini percaya mereka tidak memerlukan kalori daripada makanan.
“Kami merenung matahari sebagai ganti kepada makan. Ada dalam kalangan kami kini tidak lagi perlu makan banyak. Ada yang tidak makan langsung,” kata seorang peserta.
Selain, ada yang mendakwa ‘aktiviti kesihatan’ itu mampu meningkatkan penglihatan dan memberi tidur yang nyenyak.
Difahamkan, kumpulan wanita ini merenung matahari sebelum ia terbenam di pantai Kampung Sam Ka.
Kebiasaannya, mereka akan merenung matahari sambil mengenakan cermin mata dan menggunakan payung serta tisu untuk melindungi kulit mereka.
Sumber: Metro.co.uk