Wanita Sarat Mengandung Diikat, Disepak Terajang Walau Pulangkan Wang Dicuri


Seorang wanita yang sedang sarat mengandung telah diikat di sebatang tiang serta dibelasah tanpa belas kasihan oleh penduduk di perkampungan Zhejiang, China kerana dikatakan telah melakukan kesalahan mencuri.

Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah mencuri wang sebanyak RM600 di dalam sebuah rumah di situ pada hujung bulan lalu.

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit telah memulangkan semula wang berkenaan.

Pada mulanya, para penduduk di situ dilapor telah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas wanita tersebut melainkan dengan membuat laporan polis kerana keadaannya yang sedang sarat mengandung.

Namun keputusan penduduk di situ tiba-tiba berubah selepas wanita itu kembali ke kampung berkenaan kira-kira 10 hari kemudian dan bertindak menjatuhkan hukuman dengan cara mereka sendiri.

Wanita malang itu diikat di sebatang tiang besar dengan tangannya di belakang dan para penduduk di situ mula memaki hamun, memarahi, menghina, memukul, menendang serta menamparnya sehingga dia jatuh pengsan tidak bermaya lagi.

Tidak pula dilaporkan tentang keadaan bayi yang sedang dikandung wanita malang itu sama ada terjejas atau tidak.


Video yang mula viral di sana itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa di China dan tindakan telah diambil terhadap beberapa individu yang telah dikenal pasti.

Individu yang bertanggungjawab memukul serta membelasah wanita berkenaan telah ditahan selama 8 hari namun hanya dikenakan saman yang dikatakan tidak setimpal sebanyak RM200 sahaja.-Kedahnews.com